Search This Blog

Tuesday, January 26, 2016

Jururawat patah tangan bergelut dengan peragut

Kota Bharu: Jururawat berusia 36 tahun patah tangan kiri akibat terjatuh selepas bergelut dengan dua lelaki yang cuba meragut beg tangannya berisi wang tunai RM21,000, tengah hari tadi.
Kejadian berlaku di depan bank di bandar Kubang Kerian, di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
Susulan itu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kira-kira 1 tengah hari, mangsa membuat pengeluaran wang berkenaan di sebuah bank ditemani dua anak.
"Ketika mahu masuk ke dalam kereta, dua lelaki termasuk suspek menghampiri, cuba merampas beg tangan mangsa dan berlaku pergelutan antara mereka.
"Mangsa cedera dan patah tangan kiri ketika pergelutan itu, namun jeritannya yang meminta tolong didengari polis di pondok bit berdekatan yang kemudian menangkap suspek.
"Seorang lagi suspek melarikan diri dan usaha memburunya sedang giat dilakukan," katanya di sini, hari ini.
Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala mangsa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 6:23 PM


Suspek kes ragut jururawat ditahan polis. FOTO Syamsi Suhaimi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110036#sthash.PfwmXTDe.dpuf

No comments:

Post a Comment