Search This Blog

Sunday, January 31, 2016

Jarum kait tertusuk pada otak kanak-kanak


31 Januari 2016 12:15 AM


Imej X-ray menunjukkan jarum kait tembus sehingga ke otak Man Man, manakala gambar kanan Man Man ditempatkan di ICU selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital di Nanchang, wilayah Jiangxi, baru-baru ini. AGENSI

BEIJING 30 Jan. – 'Berpantang maut sebelum ajal', seorang kanak-kanak China masih hidup, meskipun sebatang jarum kait tertusuk ke dalam kepala dan menembusi bahagian otaknya, selepas dia terjatuh ketika bermain di luar rumahnya, baru-baru ini.

Doktor yang merawat Man Man, berusia kira-kira tiga tahun, berjaya mengeluarkan jarum itu, kelmarin dalam kejadian yang berlaku pada 23 Januari lalu di Nanchang, wilayah Jiangxi.

People’s Daily Online yang dipetik Mail Online melaporkan, Man Man dikejarkan ke hospital berhampiran oleh ibu bapanya, dan doktor yang melakukan ujian X-ray ke atasnya menemukan sebatang jarum kait terbenam menerusi rongga matanya dan tembus hingga ke otaknya.

Media China melaporkan, jarum kait itu tersekat di bahagian mata kanak-kanak itu selama empat jam sebelum Man Man dibawa ke hospital.

Menurut doktor, pembedahan bagi mengeluarkan jarum itu sangat sukar kerana jarum berkenaan mempunyai pencangkuk pada setiap hujung besi berkenaan.

Man Man masih dirawat di hospital dan diletakkan di unit jagaan rapi (ICU) dan masih tidak jelas sama ada otaknya mengalami kerosakan akibat kemalangan berkenaan atau tidak.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jarum-kait-tertusuk-pada-otak-kanak-kanak-1.185174#sthash.Cbo1QFAp.dpuf

No comments:

Post a Comment