Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Indonesia tutup laman web sebar fahaman radikal


JAKARTA – Kerajaan Indonesia bertindak menutup sebanyak 11 laman web radikal dan beberapa akaun laman sosial selepas serangan bom dan senjata yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS) pada Khamis lalu.
Pihak berkuasa berkata, beberapa akaun di laman sosial Facebook dikesan menyatakan sokongan terhadap serangan yang menyebabkan tujuh orang terbunuh, manakala 20 lagi cedera itu.
Serangan yang berlangsung selama beberapa jam itu memperlihatkan satu ‘jenama’ baharu militan kera­na pada kebiasaannya hanya serangan secara kecil-kecilan dilancarkan ke atas pihak polis.
“Kami memantau banyak laman web selain mene­rima aduan orang ramai mengenai perkara ini.
“Kerajaan turut menghantar surat kepada beberapa syarikat laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Tele­gram bagi mendesak supaya bahan berunsur radikal disekat atau dihentikan,” kata Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Komunikasi, Ismail Cawidu.
Suspek dipercayai meggunakan laman sosial untuk berkongsi mengenai pendapatnya tentang IS dan menggunakan blog selain aplikasi pesanan telefon bimbit. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3xTOp1N5I 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment