Search This Blog

Saturday, January 16, 2016

Imigresen Kelantan tahan 167 PATI



Oleh Siti Rohana Idris


ANGGOTA Imigresen memeriksa pasport PATI yang ditahan. - Foto Syamsi Suhaimi
KOTA BHARU: Seramai 167 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen negeri di dua lokasi di sini, hari ini.
Serbuan antara jam 9 pagi hingga 2 petang itu bertumpu di tapak pembinaan sebuah sekolah di Kampung Beris Panchor, Bachok dan kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa.
Daripada jumlah yang ditahan, 126 adalah warga Bangladesh, Indonesia (32), Pakistan (6) dan Myanmar (3).
Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Kelantan, Hamid Abdul Rahman, berkata dalam serbuan di Kampung Beris Panchor, 19 warga asing cuba melarikan diri dan bersembunyi.
"Dalam serbuan kedua di Pengkalan Chepa pula, seramai 148 warga asing ditahan," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
Katanya, seramai 67 PATI yang ditahan, disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan, Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal lebih masa (7) serta Peraturan 39 (b) kerana melanggar syarat pas masuk (93).
"Mereka ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah dan Ajil di Kuala Berang, Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya.

No comments:

Post a Comment