Pegawai agensi pencegahan bencana, Silvanus Tobi berkata, pihaknya telah mengedarkan ribuan penutup hidung dan mulut kepada penduduk kampung di sekitar Gunung Egon di timur Pulau Flores sejak semalam.
Kesemua penduduk yang tinggal di sekitar tiga kilometer dari kawasan Gunung Egon diarahkan berpindah dan jalan ditutup selain pihak berkuasa bersedia untuk mengeluarkan arahan pemindahan secara besar-besaran jika keadaan semakin teruk. - AFP