Search This Blog

Thursday, January 14, 2016

Geng Adik Tikam Batu tumpas

Sungai Petani: Polis menumpaskan kegiatan Geng Adik Tikam Batu dengan penahanan lima lelaki di bengkel membaiki kereta di Tikam Batu, di sini, Ahad lalu.
Dalam serbuan 5 petang, mereka berusia 18 hingga 26 tahun dipercayai aktif melakuka kegiatamencuri dan melerai kereta.
Turut dirampas dalam beberapa serbuan itu ialah tujuh kereta dipercayai kenderaan curi bernilai RM80,000.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, serbuan itu dilakukan selepas polis menemui kereta Proton Wira yang sudah dileraikan di tepi jalan Taman Rhu, di sini, pada 23 Disember lalu.
Katanya, hasil siasatan menemui sebuah Proton Wira dan dua Proton Satria yang dilaporkan hilang di bengkel berkenaan dan bengkel lain di Bakar Arang, sebelum ini.
"Polis turut merampas tiga lagi kereta iaitu dua Proton Satria dan sebuah Proton Wira Aeroback yang dilaporkan hilang di Sungai Petani pada Disember lalu dan awal bulan ini yang disorok di rumah di Tualang, Pokok Sena, dekat Alor Setar.
"Kelima-lima lelaki yang juga pemilik bengkel dan pekejra terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 11:22 AM


MD Zukir Md Isa (kanan) melihat kereta curi yang dirampas. FOTO Omar Osman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107211#sthash.GHyCOJ3S.dpuf

No comments:

Post a Comment