Search This Blog

Thursday, January 7, 2016

Gempar tubuh kaku di parkir

Klang: Penduduk kondominium di Jalan Pelangi, Batu Tiga Lama, di sini, gempar apabila menemui mayat seorang lelaki di kawasan parkir kediaman berkenaan, pagi semalam.
Difahamkan, identiti mayat ditemui jam 9.40 pagi itu masih menjadi tanda tanya kerana dipercayai bukan penghuni kondominium berkenaan.
Seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata, mayat berkenaan dipercayai diletakkan di kawasan parkir antara jam 3 pagi sehingga 9 pagi semalam.
Katanya, ini kerana ketika menjalankan rondaan kira-kira jam 2 pagi, dia tidak menemui mayat berkenaan.
“Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa orang penduduk menemui mayat seorang lelaki terbaring di parkir kondominium ini.
“Pihak pengurusan kondominium terus menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa adalah warga tempatan berusia 40-an.
Menurutnya, siasatan awal pada tubuh badan mangsa juga tidak dapat disahkan sama ada mangsa dibunuh atau sebaliknya.
“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:38 AM


MAYAT lelaki tempatan yang ditemui di parkir sebuah kondominium di Jalan Pelangi, Batu Tiga Lama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105146#sthash.TJw8A87Y.dpuf

No comments:

Post a Comment