Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Gas pembunuh

Betong: Seorang lelaki terbunuh manakala seorang rakan sekerjanya cedera akibat terhidu gas beracun ketika melakukan kerja kimpalan dalam sebuah kapal korek pasir di Batang Muara Saribas di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa Su Wei Shang, 31, dipercayai lemas terhidu gas beracun sebaik membuka penutup mesin kimpalan yang dihidupkan dalam kapal berkenaan.
Difahamkan, rakan sekerja mangsa yang juga warga Indonesia berusia 30-an cedera di kepala dan belakang badan akibat pengsan dan terjatuh dalam kapal selepas terhidu gas beracun itu ketika mahu memasuki ruang dalam kapal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong James Whelan Ngang berkata, tiga rakan sekerja mangsa yang menyedari kejadian itu bergegas membantu dan berjaya menarik keluar awal warga Indonesia itu, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk berlaku.
Bagaimanapun, katanya, mangsa yang turut dibawa keluar selepas itu tidak sedarkan diri sebelum dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
“Berdasarkan keterangan awal, rakan sekerja mangsa mendakwa lelaki itu membuka penutup lubang mesin kimpalan yang dihidupkan menyebabkan dia lemas terhidu gas beracun karbon monoksida dalam kapal berkenaan.
“Kita tidak menolak kemungkinan pekerja terbabit gagal mematuhi langkah keselamatan ditetapkan ketika melakukan kerja kimpalan dalam kapal berkenaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:18 AM


SALAH seorang mangsa yang cedera menerima rawatan kecemasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107966#sthash.D5qzbm32.dpuf

No comments:

Post a Comment