OUAGADOUGOU - BURKINA FASO. Sekurang-kurangnya enam lelaki bersenjata dilaporkan menyerang sebuah hotel empat bintang di Ouagadougou, ibu negara Burkina Faso dan membunuh beberapa orang di dalam restoran hotel berkenaan.
Menurut laporan CNN, lapan orang berjaya diselamatkan dan di bawa keluar dari hotel.
Kakitangan hotel yang berjaya dihubungi AFP berkata, Restoran Capuccino berkenaan bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah sebenar mereka yang terbunuh.
Seorang pegawai polis dikatakan ditembak selepas cuba memasuki Hotel Splendid dari kafe restoran yang berhadapan dengan hotel berkenaan.
Pihak keselamatan dilaporkan masih berbalas tembakan di tempat kejadian setakat ini.
Sebelum itu letupan dan tembakan kedengaran dari hotel berkenaan yang sering menjadi kunjungan pelawat dan pelancong barat
.