LUMUT - Seramai enam orang termasuk lima wanita warga‎ Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Pintu di sekitar Sitiawan di sini pagi tadi.
Ketua Imigresen Lumut Zainudin Zainol berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan menerusi dua serbuan jam 10.10 pagi dan 10.50 pagi.
Katanya mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan menggunakan cop imigresen palsu.
"Dalam serbuan pertama, dua wanita dan seorang lelaki warga Vietnam ditahan di sebuah rumah di Taman Mas Suria, di sini. Kesemua mereka dipercayai menumpang di rumah berkenaan yang merupakan kawasan perumahan baharu.
"Serbuan kedua pula dijalankan di sebuah rumah di Taman Permai 2 dan kita berjaya menahan tiga lagi wanita warga Vietnam," katanya ketika dihubungi.
Zainudin berkata kesemua yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut. - Bernam
a