Search This Blog

Friday, January 15, 2016

Empat pegawai Imigresen parah

Ipoh: Empat pegawai Jabatan Imigresen parah dan seorang lagi cedera ringan selepas pacuan empat roda yang mereka naiki terbabit kemalangan di Kilometer 272.9 Lebuhraya PLUS, arah utara, di sini, 8.30 malam tadi.
Semua mangsa tercampak keluar selepas kenderaan yang dinaiki dipercayai hilang kawalan dan terbabas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 malam.
Menurutnya, anggota bomba yang tiba 10 minit kemudian mendapati kelima-lima pegawai Imigresen berkenaan yang berusia 30 hingga 50 tahun tercampak keluar dari kenderaan.
“Semua pegawai Imigresen itu tercampak di atas jalan dan berlumuran darah.
"Empat daripada mereka parah pada bahagian kepala, tulang belakang serta patah tangan kiri manakala seorang lagi cedera ringan dengan sakit pada bahagian dada," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Menurut Samasuvam, pihaknya dimaklumkan ketika kejadian semua mangsa sedang bertugas dan dalam perjalanan ke Pengkalan Hulu, dekat sini.
"Kenderaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang jalan akibat hujan lebat dan jalan yang licin," katanya.
Katanya, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dirawat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 12:09 AM


Kenderaan dinaiki lima pegawai Imigresen yang terbabas menyebabkan empat daripadanya parah. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107373#sthash.wFaW9Z95.dpuf

No comments:

Post a Comment