Search This Blog

Friday, January 22, 2016

Empat individu ditahan reman



DUA orang lelaki (berbaju jingga) merupakan antara empat individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam memperoleh perintah tahanan reman selama empat hari untuk menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.
Majistret Eric Lau mengeluarkan perintah tahanan reman itu terhadap empat individu termasuk seorang wanita yang dikatakan seorang pekerja di sebuah syarikat perlombongan bermula semalam sehingga Ahad ini.
Menurut Bernama, tiga individu lain adalah seorang ahli perniagaan yang merupakan bekas pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang, seorang peguam dan seorang pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3xvet7wrj 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment