Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, dalam kejadian pukul 1.20 petang itu, mangsa, Wong Onn, 59, dan Tan Nguang Keng@Tan Wang Keng, 75, meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kejadian berlaku ketika kereta Perodua Myvi dipandu Nguang Keng dari arah Simpang Renggam menghala Machap dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Iswara dipandu Wong Onn.
“Akibat daripada pelanggaran ini, kedua-dua mangsa telah mengalami cedera parah dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.
Menurut Mohamad, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati laluan tersebut merupakan jalan berselekoh namun cuaca ketika itu adalah baik.
Ujarnya, mayat Wong Onn yang berasal dari Taman Desa Tebrau di sini dan Nguang Keng dari Parit Raja, Batu Pahat dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.