Search This Blog

Thursday, January 21, 2016

Dua pelajar ditemui mati lemas






TANJONG KARANG – Kesero­nokan sekumpulan 10 remaja mandi-manda sebelum ke sekolah berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka ditemui mati lemas di te­rusan berhampiran Sungai Tengi di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kesemua pelajar berusia 14 tahun yang merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Desa di sini itu dipercayai mandi di terusan berkenaan sebelum tiga daripada mereka di­hanyutkan arus deras.
Dua daripadanya kemudian ditemui lemas manakala seorang lagi berjaya diselamatkan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan me­ngenai kejadian itu pada kira pukul 11.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bergegas ke tempat kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3xpjSMdH4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment