Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Dua lelaki larikan peti besi MAIPs

Kangar: Dua lelaki memperdayakan pengawal sebelum mengikatnya dan melarikan peti simpanan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengandungi wang tunai kira-kira RM13,000 serta cek, awal hari ini.
Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Noordin berkata, kedua-dua lelaki itu berpura-pura mahu berjumpa pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor pada jam 6.15 pagi.
Menurutmya, suspek tidak dikenali mengetuk pintu masuk utama (bangunan MAIps) dan selepas masuk, mereka menangkap serta mengikat pengawal keselamatan ketika dia mahu menghubungi Mohd Nazim.
“Mereka naik ke tingkat empat dan mengusung keluar peti simpanan sebelum melarikan diri menggunakan kereta Proton Wira Aeroback," kata Abdul
Rahman di tempat kejadian, hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata pengawal keselamatan itu tidak mengecam wajah suspek yang didakwa memakai topeng.
Menurutnya, ikatan mangsa dibuka rakannya yang tiba di bangunan MAIPs kira-kira jam 7 pagi sebelum menghubungi polis.
“Pengawal keselamatan berusia 22 tahun berasal dari Changlun, Kedah, itu ditahan empat hari bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 4:34 PM


Anggota Unit Forensik IPK Perlis tiba di pejabat MAIPs untuk melakukan siasatan. - Foto ERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108013#sthash.CchM03vl.dpuf

No comments:

Post a Comment