Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Dua helikopter Marin AS terhempas di Hawaii

HALEIWA, Hawaii: Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari dua helikopter Marin AS yang setiap satu membawa enam kru, terhempas di kepulauan Oahu ketika menjalani misi pada waktu malam.
Tiada maklumat segera mengenai nasib kru atau punca nahas.
Helikopter pengangkut dikenali sebagai CH-53E itu terhempas lewat Khamis lalu.
Beberapa jam kemudian, helikopter Pengawal Pantai dan pesawat C-130 mengesan serpihan kira-kira empat kilometer di luar pesisir pantai.
Serpihan bangkai pesawat bertaburan di kawasan seluar 3.2 kilometer, kata Kapten Marin, Timothy Irish.
Cuaca buruk menyukarkan usaha mencari, dengan angin bertiup sehingga 37 kilometer sejam dan ombak setinggi enam meter.
"Ia menghanyutkan serpihan pesawat ke merata tempatan. Ia menyukarkan usaha mencari," kata jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Scott Carr. - AP
LOKASI dua helikopter Marin AS terhempas di kepulauan Oahu, Hawaii. - Foto ihsan http://abcnews.go.com/US/wireStory/coast-guard-marine-helicopters-collide-off-hawaiis-oahu-36310170

No comments:

Post a Comment