Search This Blog

Wednesday, January 20, 2016

Dua Gempa Bumi Sederhana Landa Yungkang, Sorong


Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 11:50 AM

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Yungkang, Taiwan dan Halmahera, Indonesia awal pagi Selasa.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini, gempa bumi pertama berlaku di Halmahera, 180km barat laut Sorong pada pukul 3.21 pagi.
Sementara gempa bumi kedua melanda 95km tenggara Yungkang pada pukul 10.13 pagi Selasa.
Kedua-dua gempa bumi tidak mengakibatkan ancaman tsunami, katanya.

No comments:

Post a Comment