Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu dipercayai berlaku apabila kenderaan berkenaan yang datang dari arah Kuala Lumpur ke daerah ini mahu mengelak daripada melanggar haiwan yang melintas.
Ketua Trafik negeri, Superintenden Mohd. Nor Yusof Ali berkata, kenderaan mewah itu dipandu Norfarahliya Daud yang berusia dalam lingkungan 20-an dari Subang Jaya, Selangor bersama majikannya, Datuk Lawrence Ng Teck Hoong berusia 50-an.
Menurutnya, semasa tiba di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.
"Wanita berkenaan dikatakan cuba mengelak binatang melintas menyebabkan kenderaan berkenaan turut berpusing lalu melanggar besi pengadang jalan di tengah lebuh raya.
"Semasa kejadian hujan renyai-renyai dan keadaan jalan basah," katanya di sini semalam.
Ujar Mohd. Nor, kedua-dua mangsa yang cedera  mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta berdekatan.
Tambahnya, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kuantan kira-kira pukul 9.36 malam tadi. - UTUSAN ONLINE