Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Dua beradik lemas mandi sungai



Anggota bomba mengangkat mayat salah seorang mangsa yang ditemui mati lemas ketika mandi bersama keluarganya di sungai Kampung Ovai dekat Papar kelmarin.


PAPAR – Kegembiraan dua beradik menghabiskan cuti hujung minggu mereka dengan berkelah bersama keluarga berakhir dengan tragedi apabila mereka ditemui lemas dalam kejadian di sungai Kampung Ovai dekat sini lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Sheck Ismail Mohd. Dali, 14, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Papar manakala jasad abangnya, Fazly Ashraf, 15, ditemui pasukan mencari dan menyelamat semalam.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abdul Rakman berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua beradik itu datang ke kawasan tersebut bersama lima ahli keluarga yang lain untuk bermandi-manda.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3xYBr3xgC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment