Itu nasib dua beradik, Fazly Ashraf Mohd. Dali, 15, dan Sheck Ismail Mohd. Dali, 14, yang ditemukan lemas ketika mandi-manda di Sungai Ovai, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintenden George Abdul Rakman berkata, dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa mandi di sungai tersebut bersama ibu dan bapa tiri mereka serta ahli keluarga yang lain.

“Tiba-tiba kedua-dua mangsa dibawa arus sungai ke kawasan dalam. Sheck Ismail tiba-tiba timbul dan dibawa ke tebing oleh bapa tirinya. Mangsa dibawa ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.15 pagi ini.

“Mangsa kedua, Fazly Ashraf pula ditemukan di dasar sungai pada pukul 10.25 pagi ini,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE