Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Ditahan dengan alat pecah rumah

Kota Bharu: Lelaki disyaki penagih dadah berusia 31 tahun ditahan kira-kira 6.30 pagi semalam, bersama dua beg mengandungi pelbagai barang termasuk alat digunakan untuk memecah rumah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, suspek ditahan di Lorong Pengkalan Demit, Kubang Kerian, di sini.
Menurutnya, penduduk kampung sebelum itu mengesan suspek memecah rumah dan menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Ketika kejadian, pemilik rumah itu difahamkan berada di luar Kelantan
"Barang yang disamun termasuk komputer riba dengan nilai keseluruhan RM4,000," katanya dalam sidang medi di IPD Kota Bharu, di sini, hari ini.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 2:03 PM

BAHAROM menunjukkan barang dirampas. FOTO Rosliza Mohamed

No comments:

Post a Comment