Search This Blog

Sunday, January 3, 2016

Diculik, dipukul sampai parah

Kota Tinggi: Lelaki Rohingya berusia 34 tahun bukan saja diculik, malah dipukul sehingga parah oleh dua lelaki warga Bangladesh dalam kejadian di ladang sawit berdekatan Taman Pasak Indah, di sini, malam semalam.
Kejadian kira-kira 8 malam itu berlaku ketika mangsa dihampiri dua lelaki terbabit yang merayu untuk dihantar pulang ke ladang sawit berkenaan sebelum diculik dan dipukul.
Dia bagaimanapun bernasib baik apabila diselamatkan polis selepas dua jam aduan mengenai kehilangannya dibuat ahli keluarga yang diugut supaya menghantar wang tebusan berjumlah RM5,000 serta barangan kemas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, selepas menerima laporan, dua anggota polis menyamar sebagai pemandu teksi bagi menghantar wang tebusan.
"Mangsa berjaya diselamatkan anggota polis yang menyamar sebagai pemandu teksi dengan membawa anak lelaki mangsa berusia 11 tahun untuk membayar wang tebusan RM5,000 seperti dipersetujui.
"Polis berjaya memberkas seorang warga Bangladesh dan masih memburu seorang lagi rakannya," katanya.
Mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi mendapatkan rawatan selepas diselamatkan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 6:33 PM


Mangsa culik yang dipukul sehingga parah, malam semalam. FOTO Ahmad Othman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104371#sthash.fUJ22iws.dpuf

No comments:

Post a Comment