Search This Blog

Saturday, January 16, 2016

Dari Damansara `melepaskan rindu'

Johor Bahru: Tiga gadis 20-an bekerja sebagai tukang urut antara 14 individu Islam dicekup dalam Ops Asyik di sekitar Permas Jaya, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Mohd Hafiz Abdul Rahman, berkata pihaknya kesal dengan majikan yang mengulangi kesalahan menggajikan perempuan Islam sebagai tukang urut.
Mohd Hafiz berkata, turut ditahan wanita dari Damansara yang mengikut teman lelakinya ke bandar raya ini untuk 'melepaskan rindu' di sebuah bilik hotel bajet.
"Semua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 27(1) (a) dan B Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukan hukuman denda RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
"Mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu berkelakuan tidak bermoral khusus kepada mereka yang bekerja di rumah urut atau mengurut individu berlainan jantina," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 10:05 AM


FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107794#sthash.JFD9Z17i.dpuf

No comments:

Post a Comment