Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Bukan culik budak

Bintulu: Polis menafikan berlaku kes cubaan culik kanak-kanak di rumah panjang Joshua Manit, Tatau, yang mulai 'viral' di laman sosial.
Polis sebaliknya mendakwa ia adalah kes ceroboh rumah oleh lelaki dipercayai kurang siuman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, berkata kejadian pada 2.50 pagi, hari ini.
Menurutnya, lelaki dipercayai warga Indonesia ditahan penghuni rumah apabila menceroboh rumah panjang itu.
“Berlaku pegelutan antara suspek dan penghuni rumah mengakibatkan suspek mengalami cedera di dahinya," katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai kurang siuman dan bukan mahu menculik kanak-kanak di rumah panjang berkenaan seperti tersebar di laman sosial.
"Suspek kemudiannya ditahan polis selepas menerima aduan daripada tuan rumah itu, pada 8.55 pagi," katanya.
Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis(IPD) Bintulu untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 8:11 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107829#sthash.uwepF42A.dpuf

No comments:

Post a Comment