Search This Blog

Thursday, January 14, 2016

Bomoh tak mengaku cabul pesakit

Bomoh tak mengaku cabul pesakit

WARTAWAN SINAR HARIAN 13 JANUARI 2016

Tertuduh (dua, kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya.

TELUK INTAN – Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas tuduhan mencabul kehormatan pesakitnya ketika menerima rawatan.
Roslan Omar, 44, dituduh menggunakan kekerasan jenayah dan mencabul wanita berumur 31 tahun di rumahnya Jalan Pasar, Bagan Datoh pada jam 3 pagi 2 Januari lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul mangsa tanpa kerelaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun memohon tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000.
Bagaimanapun, Roslan merayu supaya jumlah berkenaan dikurangkan.
“Saya bekerja sebagai tukang rumah dan tidak mempunyai keluarga selepas bercerai, jadi saya memohon jumlah berkenaan dikurangkan,” katanya.
Majistret, Siti Hanum Mohmad Sah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari untuk sebutan semula kes
.

No comments:

Post a Comment