Search This Blog

Thursday, January 28, 2016

Berseloroh bunuh PM, Presiden Republik Czech dikecam


28 Januari 2016 1:12 AM


PRAGUE 27 Jan. – Presiden Republik Czech, Milos Zeman dikecam rakyat negara ini selepas beliau berjenaka ingin menggunakan raifal Kalashnikov untuk menghapuskan Perdana Menterinya, Bohuslav Sobotka dan seterunya.
Portal Al Jazeera melapor­kan, parti pembangkang dan ahli politik parti pemerintah bersatu mengutuk kenyataan Zeman yang menyasarkan Sobotka.
Zeman mengeluarkan kenyataan tersebut ketika majlis debat awam di bandar Tisnov selepas seorang hadirin menanyakan apa yang perlu dilakukan kepada Perdana Menteri berhubung pendekatan sederhana dalam krisis pelarian.
“Jika anda ingin menghapuskan mana-mana ahli politik termasuk Presiden, hanya terdapat satu cara demokratik iaitu pilihan raya bebas yang akan diadakan dalam tempoh setahun.
“Terdapat juga cara tidak demokratik yang dipanggil Kalashnikov,’’ katanya berseloroh, seperti yang dilaporkan Reuters.
Bohuslav Sobotka
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/berseloroh-bunuh-pm-presiden-republik-czech-dikecam-1.184227#sthash.7ZTfHzIG.dpuf

No comments:

Post a Comment