Search This Blog

Friday, January 22, 2016

Beli MyKad untuk dapat kerja



Sebahagian daripada 98 PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar kawasan Balok, Kuantan awal pagi semalam.


KUANTAN – Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) berketurunan Suluk dari Filipina mendakwa memperoleh MyKad palsu pada harga antara RM200 hingga RM300 daripada sindiket yang berpangkalan di Sabah, Perak dan Kuala Lumpur.
Mereka merupakan sebahagian daripada 98 PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan 60 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam di sekitar Balok dekat sini awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Mohd. Yazid Ramli berkata, salah seorang lelaki berketurunan Suluk yang berasal dari Mindanao, selatan Filipina mengaku membeli MyKad pada harga RM200 untuk membolehkannya mendapat pekerjaan sebagai buruh di daerah ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3xvfRN82F 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment