Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Bayi terbunuh dirempuh lori tanah


GAMBAR menunjukkan beberapa buah kereta terbalik selepas dirempuh lori tanah yang mengalami masalah brek di hadapan sebuah klinik swasta di Jalan Mersing, Kluang semalam.


KLUANG – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala bapanya cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kereta dengan sebuah lori tanah yang mengalami masalah brek di hadapan sebuah klinik swasta dekat Jalan Mersing di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.50 pagi itu, bayi berkenaan, Nur Muhris Anas Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, kejadian itu berpunca daripada tindakan pemandu lori tanah itu yang gagal mengawal kenderaannya yang mengalami masalah brek sehingga terbabas ke kiri jalan dan merempuh kereta lain.
“Pemandu lori warga tempatan tersebut dalam perjalanan menuju ke Mersing dipercayai cuai dan melanggar belakang sebuah kereta Toyota Vios sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.
“Selepas terbabas di tepi jalan, lori tanah itu merempuh pula kereta mangsa termasuk empat kereta lain yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan,” katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3xTPT0zNg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment