Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemui Di Belakang Rumah


Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 10:09 PM

SEGAMAT: Seorang penduduk Kampung Logah, di Jalan Medoi tidak menyangka tangisan yang didengarinya ketika melintasi sebuah rumah di sini, sebenarnya suara seorang bayi perempuan yang dibuang atas rumput.

Ketua kampung terbabit, Hassan Sitam, 66, berkata bayi itu yang masih mempunyai kesan tompokan darah pada badan, ditemui seorang jirannya dalam keadaan tertiarap di belakang sebuah rumah penduduk. 

Katanya, pada mula jirannya itu berniat untuk keluar berjalan-jalan namun secara tiba-tiba terdengar bunyi tangisan.

Beliau kemudian memeriksa keadaan sekeliling, sebelum menemui bayi itu dibahagian belakang rumah berkenaan. 

"Bayi tersebut berkulit cerah dan dipercayai baru dilahirkan. Jiran saya juga tidak pasti siapa ibu bapanya dan oleh itu, dia membuat laporan polis sebelum bayi tersebut dihantar ke Hospital Segamat untuk tindakan susulan,"katanya yang ditemui, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Mohd. Kamil Sukarni yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian. 

Kes, katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan polis turut menjejaki individu yang bertanggungjawab atas kejadian.-Bernama

No comments:

Post a Comment