Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Bayi maut, kereta dilanggar lori


OLEH MOHAMAD FAIZAL HASHIM (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY)  |  17 Januari 2016 12:32 AM


JOHOR BAHRU 16 Jan. - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut selepas kereta dinaikinya dilanggar sebuah lori tanpa muatan yang hilang kawalan di Kilometer 55.8, Jalan Mersing-Batu Pahat, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, lori tersebut yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun dari arah Kluang menghala ke Mersing dipercayai melanggar kereta Toyota Vios yang dinaiki mangsa, Nur Muhris Anas Anuar dan bapanya, Anuar Geman, 36.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, pemandu lori tersebut cuba mengelak ke kiri jalan tetapi gagal mengawal kenderaan tersebut yang dipercayai mengalami masalah brek lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.
Menurutnya, lori yang terbabas itu kemudiannya melanggar kereta dinaiki mangsa yang berhenti di bahu jalan sebelum melanggar lagi tiga buah kenderaan lain yang berhenti di tempat meletakkan ken­deraan berhadapan kedai yang menjual barang perkakasan.
“Akibatnya, mangsa tersepit di dalam kenderaan dan mengalami cedera parah di kepala. Mangsa dikejarkan ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke sana,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Bagaimanapun ujar Mohamad, bapa mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di kaki, manakala pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori itu mengawal kenderaannya sehingga menyebabkan kemalangan ini berlaku,” katanya sambil memberitahu pemandu lori berkenaan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk siasatan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/bayi-maut-kereta-dilanggar-lori-1.180400#sthash.PRTwLu4c.dpuf

No comments:

Post a Comment