BRASILIA - BRAZIL. Statistik terbaru menunjukkan peningkatan bayi dilahirkan berkepala kecil melalui ibu yang dijangkiti virus Zika.
Menurut laporan BBC, terdapat 3,893 kes virus Zika yang menjadi punca utama microcephaly (dilahirkan berkepala kecil) sejak Oktober tahun lepas.
Penyebaran virus Zika yang dibawa oleh nyamuk Aedes adalah yang terbesar dalam sejarah virus tersebut.
Sehingga kini, virus berkenaan sudah menyebabkan kematian lima orang bayi.
Terdapat 44 kematian lain yang kini disiasat samada disebabkan virus Zika atau tidak.
Minggu lepas, Menteri Kesihatan, Marcelo Castro mengumumkan satu kit pengesan virus tersebut sedang dihasilkan.
Beliau juga mengumumkan penyaluran dana tambahan untuk penyelidikan yang akan menghasilkan vaksin virus Zika secepat mungkin.
Satu-satunya cara untuk melawan virus Zika pada masa ini adalah dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes
.