Search This Blog

Saturday, January 16, 2016

Bauksit: Reman 2 kakitangan PTG dilanjutkan

SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 4:56 PM




 Oleh Abdul Razak Raaff raaffar@bh.com.my


TEMPOH reman dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Pahang dilanjutkan sehingga Selasa ini. - Foto Farizul Hafiz Awang


KUANTAN: Tempoh reman dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dilanjutkan sehingga Selasa ini bagi melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes rasuah perlombongan bauksit, di sini.  Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki, berkata kertas siasatan ke atas dua kakitangan berusia 51 dan 57 tahun itu sedang disiapkan. Kedua-dua kakitangan itu ditahan pada 10 Januari lalu dan direman selama enam hari berakhir hari ini. "SPRM memohon lanjutan perintah reman mereka untuk menyiapkan siasatan. Jika dipersetujui Timbalan Pendakwa Raya, mereka akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.  Dua suspek itu antara enam kakitangan PTG negeri yang tampil memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang, di sini, minggu lalu.  "Siasatan ke atas mereka dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," katanya.  Setakat ini, SPRM sudah menahan sembilan individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit. Enam adalah kakitangan PTG negeri yang disyaki menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114989

No comments:

Post a Comment