Portal Mirror yang memetik kenyataan mangsa, Kevin Woodward berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 4.30 pagi baru-baru ini apabila dia mengecas vape jenama Eleaf iStick sepanjang malam.
Jelas ayah kepada dua orang anak itu, apabila bateri vape tersebut meletup, mukanya seolah-olah dibakar dan mengejutkannya dari tidur sebelum memadamkan api yang terhasil menggunakan bantal.
Lelaki berusia 30 tahun itu bernasib baik kerana dua anaknya yang tidur di katil sama dua jam sebelumnya telah dialihkan ke bilik lain, sekali gus mengelakkan kanak-kanak terbabit mengalami nasib yang sama.
“Tangan kanan dan bahagian muka saya dibakar api yang tercetus daripada bateri tersebut.
“Saya tidak tahu bagaimana kejadian itu boleh berlaku tetapi saya bersyukur kerana dua anak saya tidak berada di atas katil yang sama,” katanya.
Dianggarkan kira-kira 2.6 juta pengguna rokok elektrik di Britain dan insiden yang menimpa terhadap Woodward berlaku selepas sekurang-kurangnya 100 kes rokok elektrik meletup dilaporkan.
Woodward menggunakan vape sejak 12 bulan lalu dan kini sedang dirawat di Hospital Whiston, Merseyside.