SRINAGAR - INDIA. Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 20 yang lain cedera selepas sebuah bas hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung di sini hari ini, lapor AP.

Pegawai polis, Viplav Kumar berkata, pemandu bas terbabit hilang kawalan selepas memandu laju ketika  melalui selekoh tajam menyebabkan bas terbabit terbabas dan terjunam lebih 300 kaki (90 meter) ke dalam gaung.

Insiden berlaku di Udhampur, 250km selatan Srinagar, bandar utama di bahagian India.

Kemalangan melibatkan bas di India bukanlah sesuatu yang baru dan kebiasaanya kemalangan disebabkan oleh lebih muatan, keadaan jalan raya yang teruk, dan keadan bas yang tidak diselenggara dengan baik.

Berdasarkan penilaian terakhir pada tahun 2013 oleh Kementerian Pengangkutan India lebih 240,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di India.