Search This Blog

Wednesday, January 20, 2016

Anggota polis maut terlanggar lori tangki

Kuala Kubu Bharu: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan di Kilometer 397.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur, dekat susur keluar Plaza Tol Tanjung Malim, pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.20 pagi ketika mangsa, Lans Koperal Mohd Aswad Md Nayan, 30, dalam perjalanan ke tempat bertugas di IPD Hulu Selangor dengan menunggang motosikal Yamaha.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kemalangan membabitkan motosikal dinaiki mangsa dengan lori tangki simen.
“Mangsa dipercayai dari arah Ipoh ke IPD Hulu Selangor. Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa terlanggar belakang sebuah lori tangki di lorong perlahan.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala,” katanya.
Menurutnya, ketika kemalangan berlaku keadaan cuaca baik. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.
“Pemandu lori turut ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 6:30 AM

Mangsa selamat dikebumikan.

No comments:

Post a Comment