Search This Blog

Friday, January 15, 2016

Along baling bom petrol

Kuala Lumpur : “Kumpulan samseng ceti haram (along) tidak lagi mencampakkan cat merah tetapi berulang kali membaling bom petrol hingga menyebabkan pagar rumah kami terbakar,” kata mangsa yang mahu dikenali sebagai Ng, 28.
Menurutnya, tindakan ganas itu dilakukan along berulang kali di rumah didiami di Klang, Selangor, sejak Disember lalu.
“Semua ini berpunca daripada tindakan adik saya berusia 25 tahun berhutang sebanyak RM187,000 daripada 38 Along sejak dua tahun lalu.
“Sejak itu kami sering diserang along yang kerap datang untuk menuntut hutang itu.
“Akibatnya kami sekeluarga berada dalam keadaan ketakutan berikutan menerima pelbagai ugutan,” katanya.
Ng berkata, dia sudah membuat lima laporan polis di Balai Polis Klang Selatan akibat ugutan diterima mereka sekeluarga.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya mahu polis mengambil tindakan segera berhubung perkara terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 9:51 AM


MICHAEL (kanan) bersama mangsa bom petrol along menunjukkan gambar di Ibu Pejabat MCA.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107474#sthash.CpPmMY6j.dpuf

No comments:

Post a Comment