Search This Blog

Tuesday, January 26, 2016

Ajal terjatuh dari bumbung masjid

Bachok: Buruh warga Indonesia meninggal dunia selepas terjatuh dari bumbung Masjid Repek, Cabang Tiga Melawi, di sini, 12.25 tengah hari tadi.
Mangsa, Ahmad Zaini Abdih, 49, ketika itu sedang melakukan kerja naik taraf masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, angin kencang ketika mangsa sedang membaiki bumbung masjid menyebabkan dia gagal mengimbangi badan dan terjatuh.
"Kejadian disaksikan rakan sekerja yang lain. Dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Hamid berkata, mangsa sudah dua tahun bekerja sebagai buruh pembinaan di sini.
Katanya, mayat Ahmad Zaini dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk dibedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 8:58 PM


Penduduk memangku mangsa sejurus kejadian. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110048#sthash.mUue7KBU.dpuf

No comments:

Post a Comment