Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Ahli Parlimen Ditahan Kerana Serang Pengurus Air India


Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 2:44 PM
Midhun Reddy

NEW DELHI: Seorang anggota parlimen India ditangkap polis Ahad kerana didakwa menyerang seorang pengurus syarikat penerbangan Air India.
Midhun Reddy, Anggota Parlimen Rajampet dari negeri Andra Pradesh, ditangkap pada kira-kira 1 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai setelah gagal menghadirkan diri di balai polis tempatan berikutan kejadian pada 25 Nov tahun lepas itu.
India Today, sebuah laman sesawang akhbar terkemuka India, melaporkan bahawa anggota parlimen itu ditahan reman 14 hari bagi membantu siasatan polis.
Menurut laporan itu, Reddy dituduh menampar MP Rajasekhar kerana tidak membenarkan saudara maranya menaiki pesawat setelah waktu untuk berbuat demikian berakhir.
Anggota parlimen itu disiasat bagi tiga tuduhan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, menceroboh dan menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat aam menjalankan tugasnya.
Beberapa media India memberi fokus terhadap tindakan yang disifatkan sebagai 'budaya VVIP' itu dan menggesa Perdana Menteri Narendra Modi mengambil langkah untuk menghentikannya.

No comments:

Post a Comment