slug: prk_dadah kompromiIpoh, 3September, 2012 - Ketua Polis Perak,
Kenaikan mendadak kerugian yang dicatatkan oleh pihak polis ia­itu RM31.3 juta pada 2015 berban­ding hanya RM4.3 juta pada 2014 menimbulkan tanda tanya.
Jumlah kes juga meningkat iaitu 624 kes berbanding 419 kes dalam tempoh yang sama.
Difahamkan, masalah ini antara lain mungkin berpunca daripada prosedur pinjaman bank yang terlalu ketat hingga menyebabkan peminjam beralih untuk mendapatkan wang dengan cara lebih mudah iaitu meminjam daripada ah long.
Selain itu, semakin ramai individu yang disenaraihitamkan sehingga tidak boleh meminjam daripada bank juga menyebabkan ceti haram menjadi pilihan.
Walaupun sedar tindakan mereka itu seperti menjerat leher sendiri kerana ah long akan mengenakan faedah yang berlipat ganda namun kerana terdesak mereka sanggup memejamkan mata.
Akhirnya tanpa sedar mereka menjadi mangsa dan lebih memburukkan keadaan apabila diburu serta diugut konco-konco ah long akibat gagal melunaskan hutang yang akan meningkat sehingga mence­cah angka yang tidak munasabah.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid (gambar) berkata, Selangor menca­tatkan kerugian paling tinggi iaitu sebanyak RM13 juta dengan 116 kes diikuti Sarawak sebanyak 11 kes dengan RM8.8 juta kerugian sepanjang tahun lalu.
Menurut beliau, turut mencatat­kan kerugian yang tinggi adalah Johor iaitu RM5.7 juta daripada 158 kes yang dilaporkan.
“Perak pula merekodkan jumlah kerugian RM960,090 dengan 68 kes diikuti Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing dengan kerugian RM632,000 dan RM600,000.
“Statistik ini menunjukkan jumlah kes dan kerugian yang tinggi sekali gus menunjukkan kegiatan ah long masih bergerak aktif,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Roslan memberitahu, susulan peningkatan tersebut, pelbagai usaha untuk membanteras kegiatan ah long termasuk melakukan tangkapan ke atas 509 individu yang merupakan ahli sindiket yang terlibat dalam kegiatan ini pada tahun lalu telah dilakukan.
“Tangkapan tertinggi dibuat di Johor dengan 146 orang diikuti Selangor (132), Perak (51), Kuala Lumpur (42), Pulau Pinang (34) dan Kedah (32).
“Selain itu, di Melaka pula seba­nyak 17 tangkapan dibuat, Sarawak (11), Pahang (12), Terengganu (10), Perlis (9) Kelantan (8) Sabah (3) dan Negeri Sembilan (2),” ujarnya.
Dalam pada itu, Roslan turut menasihatkan orang ramai yang ingin memohon pinjaman agar pergi ke agensi kewangan yang sah bagi mengelak daripada terjerat de­ngan pinjaman ceti haram atau ah long sehingga boleh membebankan mereka.
Katanya, orang ramai jangan terpedaya dengan iklan peminjaman wang secara mudah kerana mereka akan mengenakan kadar bunga yang tinggi selain terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko jika tidak mampu membayarnya.