Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

5 maut, gas bocor ranap bangunan 2 tingkat di Itali



KEADAAN bangunan yang runtuh akibat daripada letupan gas di sebuah bandar di barat laut Itali, awal pagi Sabtu. - Foto EPA
ROME: Satu letupan akibat kebocoran gas mengorbankan lima orang di sebuah bandar di barat laut Itali awal pagi Sabtu, meranapkan bangunan dua tingkat dan merosakkan beberapa yang lain, kata anggota bomba.
Jurucakap perkhidmatan bomba, Luca Cari, berkata lima mayat ditemui dari runtuhan bangunan kediaman di Arnasco, bandar kecil di wilayah Liguria dan seorang wanita dibawa ke hospital akibat cedera parah.
"Ia adalah letupan besar kerana meranapkan keseluruhan bangunan dua tingkat.
"Kami belum lagi melengkapkan siasatan berhubung punca letupan, namun ia kemungkinan akibat kebocoran gas dan itu satu-satunya hipotesis (anggapan) yang kami ada setakat ini," kata Cari.
Cari berkata, semua penduduk dalam bangunan sudah dikira, namun anggota bomba terus menggali runtuhan. Pemeriksaan juga dilakukan ke atas bangunan berhampiran yang rosak akibat letupan itu. -Reuters

No comments:

Post a Comment