Operasi terakhir untuk menyelamatkan pekerja lelaki terakhir yang terperangkap di dalam lombong sedalam lebih 200 meter di bawah tanah mengambil masa selama dua jam.
Kesemua pelombong itu dibawa keluar ke permukaan tanah seorang demi seorang menggunakan sebuah ‘kapsul’ penyelamat.
Empat pelombong itu merupakan antara 29 pelombong yang terperangkap dalam runtuhan lombong pada 25 Disember.
Usaha menyelamat itu diburukkan dengan dakwaan seorang pegawai kerajaan bahawa mereka tidak dapat berhubung dengan 13 lagi pelombong yang hilang.
Insiden itu mempunyai persamaan dengan kemalangan lombong pada 2010 di Chile yang menyaksikan 33 pelombong yang terperangkap selama 69 hari di bawah tanah berjaya diselamatkan.
“Ini satu keajaiban,” tulis Zeng Kunyuan dalam laman Weibo.
Daripada 29 pelombong terbabit, seorang daripada pelombong berkenaan ditemukan mati, manakala 11 lagi berjaya diselamatkan sehari selepas kejadian itu berlaku. – AFP