Search This Blog

Saturday, January 30, 2016

4 juta bakal dijangkiti zika


DANIELE Ferreira mendukung anaknya, Juan Pedro yang dilahirkan menghidap mikrosefali dan dikaitkan dengan virus zika di pusat pemulihan Altino Ventura di bandar Recife, Brazil kelmarin.


CHICAGO – Pasukan penyiasat wabak penyakit Amerika Syarikat (AS) diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi penularan virus zika yang dilihat menjadi ancaman besar kepada dunia pada masa kini.
Bagi menangani virus itu, AS turut melantik beratus-ratus pakar­nya mengkaji impak wabak pe­nyakit itu di benua Amerika.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) pada Ahad lalu membuka sebuah pusat operasi kecemasan dengan kakitangannya bertugas 24 jam bagi menangani virus zika.
Beberapa pegawai CDC berkata, kuman itu yang disebarkan oleh nya­muk Aedes telah dikaitkan de­ngan kecacatan otak dalam kalangan beribu-ribu bayi baru lahir di Brazil.
CDC sebelum ini membuka pusat operasi serupa bagi menguruskan wabak Ebola pada 2014 dan epidemik kolera di Haiti yang bermula pada 2010.
Kali ini, pasukan tersebut me­rangkumi lebih ramai pakar melibatkan kesihatan janin dan bayi memandangkan impak luar biasa disebabkan virus zika.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ygBRHL3D 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment