Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

27 terbunuh dalam serangan hotel


REUTERS - SEDUTAN rakaman video menunjukkan beberapa buah kenderaan terbakar di luar Hotel Splendid.


OUAGADOUGOU – Sekurang-kurang­nya 27 orang dari 18 negara terbunuh dan 33 yang lain cedera selepas sekutu kumpulan Al-Qaeda menyerang Hotel Splendid yang terletak di Burkina Faso dan menawan sejumlah penghuni untuk dijadikan sebagai tebusan kelmarin, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam kejadian itu, 150 tebusan berjaya dibebaskan selepas pihak ke­selamatan Burkina Faso melancarkan serangan menawan semula hotel itu.
“Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas pengganas. Sejumlah tebusan berjaya dibebaskan dari hotel itu,” memetik kenyataan siaran televisyen Burkina.
Menurut kumpulan perisikan, SITE yang berpangkalan di Amerika Syarikat, kumpulan Rantau Maghreb (AQIM) yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda mengakui me­lancarkan serbuan di Hotel Splendid.
Kumpulan itu dikatakan diketuai oleh Mokhtar Belmokhtar yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Algeria.
Hotel Splendid terletak tidak jauh dari lapangan terbang antrabangsa dan sering menjadi tuan rumah kepada negara Barat termasuk kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta wartawan, lapor agensi berita CNN.
“Tiga penyerang bersenjata dilihat memakai topeng muka ketika tiba di hadapan hotel dengan menggunakan dua ken­deraan,” kata seorang saksi yang enggan dikenali.
Tebusan dipercayai terdiri daripada kalangan warga asing dan rakyat tempatan.
Kejadian tembakan dan letupan turut kedengaran di kawasan pusat perniagaan di Burkina Baso sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan) kelmarin dan tentera melaksa­nakan perintah berkurung di kawasan itu sehingga pukul 6 pagi semalam.
–Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3xTP8cMuC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment