Search This Blog

Friday, January 15, 2016

22 saman dalam ops cegah samseng jalan raya


15/01/2016 10:10am

TAIPING - Polis mengeluarkan 22 saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi cegah samseng jalan raya di Jalan Redang Panjang-Batu Kurau dekat sini, semalam.
Dalam operasi bermula 5 petang hingga 8.30 malam itu, polis turut menyita empat buah motosikal.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah berkata, saman dikeluarkan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM300.
"Mereka yang terbukti melakukan perlumbaan haram juga boleh didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, operasi yang disertai dua pegawai dan 12 anggota cawangan trafik selain anggota sukarelawan polis itu memfokuskan kawasan tumpuan mat rempit. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz3xHp2auZe 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment