Search This Blog

Friday, January 15, 2016

20 orang maut kemalangan setiap hari


15/01/2016 12:06pm


Gambar hiasan.


PETALING JAYA - Purata seramai 20 orang maut setiap hari dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara pada tahun lalu, menurut statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).
Ketua Pengarahnya, Abdul Ghafar Yusof berkata, dalam tempoh yang sama dianggarkan 60 peratus kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
"Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan punca utama kemalangan bukanlah disebabkan keadaan jalan sebaliknya sikap pengguna jalan raya itu sendiri.
"Hanya 12 hingga 13 peratus kemalangan berpunca keadaan jalan raya manakala 80 peratus berpunca daripada hadlaju serta sikap pemandu," katanya kepada pemberita di sini pagi tadi.
Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru CIna anjuran Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan JKJR. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz3xHov52LF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment