Search This Blog

Friday, January 22, 2016

2 sahabat tanggung derita bersama


Hakim (kanan) dan Mohd. Shahrul (kiri) diiringi oleh anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen, Kota Bharu semalam selepas hukuman ke atas mereka dijatuhkan.


KOTA BHARU – Perbuatan dua sahabat merompak seorang wanita dengan bersenjatakan sebilah parang pada tahun lalu berbalas apabila mereka dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Hakim Mohamad, 26, dan Mohd. Shahrul ­Azuri Abdullah, 28, selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan ke atas mereka dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Hakim dan Mohd. Shahrul didakwa merompak Nora Bueraheng, 30, dengan bersenjatakan sebilah parang dan mengambil beg tangan yang mengandungi barang kemas, wang tunai RM700, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi milik mangsa.
Perbuatan itu dilakukan di kawasan Mel Lundang di sini pada pukul 1.30 petang, 3 Julai 2015.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3xvfBoiec 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment