Search This Blog

Saturday, January 16, 2016

2 askar dibebas

Kota Bharu: Dua anggota tentera dibebaskan dengan jaminan polis susulan kes seorang lelaki dipercayai penyeludup maut terkena tembakan di Kampung Banggol Ubi Keling, Rantau Panjang, 7 Januari lalu.
Bagaimanapun, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, polis masih menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu.
“Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tempoh tahanan reman dua anggota Rejimen Sempadan itu berakhir semalam selepas ditahan polis pada 8 Januari lalu.
Dua anggota tentera yang memakai baju lokap tiba di pekarangan kompleks itu pada jam 9 pagi menaiki dua kenderaan polis sebelum berlalu pergi pada jam 11 pagi.
Harian Metro sebelum ini melaporkan lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai penyeludup maut selepas terkena tembakan dari senjata Colt M-4 Carbine yang dilepaskan anggota tentera bertugas pada jam 7 petang, 7 Januari lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:40 AM


SEORANG daripada dua suspek (baju jingga) yang ditahan reman sejak Jumaat lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107788#sthash.h1gehDpN.dpuf

No comments:

Post a Comment