WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah kumpulan hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS), kelmarin memaklumkan Pentagon telah berjanji untuk mendedahkan hampir 200 gambar memaparkan penderaan ke atas tahanan di Iraq dan Afghanistan.
Keputusan itu dibuat selepas Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) mengemukakan tuntutan kepada mahkamah untuk mendesak tentera AS mengeluarkan kira-kira 2,000 foto penyeksaan yang dibuat terhadap tahanan di kedua-dua negara terbabit pada 2004.
"Sebanyak 198 imej akan dimuat naik secara dalam talian oleh Pentagon pada hari ini," kata jurucakapnya.
Sebelum ini, Kongres yang dikuasai Republikan meluluskan pengecualian kepada Akta Kebebasan Maklumat untuk mengelakkan pendedahan imej terbabit yang dijangka mencetuskan kecaman daripada aktivis hak asasi manusia.
Mac lalu, Pentagon bertindak mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk membenarkan kesemua gambar kontroversi tersebut didedahkan kepada umum.
Kesemua foto terbabit berkaitan dengan tahanan di penjara Bagram di Kabul dan pusat tahanan Abu Ghraib di Baghdad. - Press T
V