Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

16 Februari sebutan semula kes bunuh Intan Suraya


RABU, 13 JANUARI 2016 @ 4:08 PM
Oleh Siti Sofia Md Nasir ANGGOTA polis membawa suspek Tarmizi Yaakob, ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menetapkan 16 Februari hadapan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes bunuh seorang pelajar perempuan tingkatan lima, 25 Oktober tahun lalu. - Foto Muhammad Mikail Ong
BALIK PULAU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 16 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes bunuh seorang pelajar perempuan tingkatan lima, 25 Oktober tahun lalu.
Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Mahadi.
Terdahulu, Shafiq memohon mahkamah menangguhkan kes kerana belum menerima laporan bedah siasat daripada pihak forensik.
Pada 25 Oktober tahun lalu, seorang pengawal keselamatan, Tarmizi Yaakob, 21, didakwa membunuh Intan Suraya Mawardi, 17, dengan niat di Flat Bandar Baru Perda di Bayan Lepas antara jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment