Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

15 terkorban letupan di Pakistan



KELUARGA mangsa meratapi atas mayat salah satu daripada dua anggota polis yang terbunuh di bilik mayat sebuah hospital di Quetta. - Foto EPA
QUETTA: Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dalam letupan yang menyasarkan anggota keselamatan dekat pusat vaksin polio di bandar Quetta, barat daya Pakistan hari ini, kata polis.
"Seramai 15 orang mati termasuk 12 polis, seorang anggota sukarelawan dan dua orang awam," kata polis tempatan.
Dalam kejadian sama, sekurang-kurangnya 10 orang mengalami kecederaan, sembilan daripada mereka polis dan seorang orang awam. - AFP

No comments:

Post a Comment